Wednesday, 22 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU 2013



TARIKH: 22.05.2013 (RABU)
TEMPAT: DEWAN SJK(C) JERKOH
MASA: 9:00 a.m. – 10:35 a.m.

TUJUAN:   
1.      Menyambut Hari Guru.
2.      Merapatkan hubungan antara murid dan guru .
3.      Mendidik murid untuk menghargai jasa guru.

Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa dan penjaga. Mereka telah menyediakan banyak makanan untuk meraikan Hari Guru pada tahun ini. Majlis ini berjalan dengan lancar. 



INTERAKSI BERSAMA IBUBAPA

TARIKH: 21.05.2013
TEMPAT: DEWAN SJK(C) JERKOH
MASA: 12 p.m. - 1 p.m.

TUJUAN: Berkongsi maklumat mengenai kelakuan dan pencapaian murid dalam Ujian Mei 2013

Majlis ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa dan penjaga. Pihak sekolah telah mendapat maklumat yang berguna mengenai kelakuan murid di rumah, ini akan dapat membantu pihak sekolah dalam merancang program yang dapat meningkatkan prestasi murid dari semasa ke semasa. Semoga kelakuan dan pencapaian murid akan dapat ditingkatkan dengan adanya kerjasama daripada ibubapa dan pihak sekolah.

 


Monday, 20 May 2013

CERAMAH KECERMELANGAN UPSR (BAHASA CINA)

Ceramah Kecermelangan UPSR (Bahasa Cina) anjuran Persatuan Guru Daerah Lipis

Tarikh: 15/5/2013 (Rabu)

Masa: 2:30 p.m. - 4:30p.m.

Tempat: Bilik ICT SJK ( c ) JERKOH

Penceramah: Guru Cermelang, Pn. Lam Nyot Moi



Sekolah-sekolah yang terlibat:
1. SJK ( c ) Jerkoh
2. SJK ( c ) Benta
3. SJK ( c ) Penjom
4. SJK ( c ) Chung Hwa
5. SJK ( c ) Padang Tengku


*Ceramah ini bertujuan untuk mendedahkan teknik menjawab UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Cina (Penulisan)

1. Penceramah, Cikgu Lam telah memberi pengingatan dan menekankan teknik yang sistematik seperti menjawab soalan mengikut masa, membuat peta minda bagi isi karangan sebelum menjawab soalan, mencari dan menekankan kata kunci bagi setiap soalan karangan.

2. Cikgu Lam telah menunjukkan pelbagai kesalahan yang sering berlaku di kalangan murid, seperti kesalahan tulisan perkataan, kesalahan isi kandungan, dan sebagainya.

3.Di samping itu, Cikgu Lam juga telah membuat analisis soalan-soalan lepas bagi kertas Penulisan, dan memberi tips supaya menekankan soalan-soalan yang mungkin muncul pada peperiksaan UPSR akan datang.